Sunday 11 November 2012

RPH Sains Tahun Empat

 RPH ini diadaptasikan daripada Cikgu Khok Siew Chen (2010) sebagai rujukan sesama guru.

  Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun Empat

Mata Pelajaran                        : Sains
Tahun                                      : Tahun 4
Bilangan Murid                        : 30 orang
Tarikh                                      :  18 April 2012
Tema                                       : Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang Pembelajaran              : Hidupan Dan Proses Hidup
Objektif Pembelajaran            : Memahami tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan.
Hasil Pembelajaran                  :  Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat
                                                                                i.            memahami  tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan.
                                                                              ii.            menyatakan jenis rangsangan pada tumbuhan dengan betul.
                                                                            iii.            menyatakan bahagian tertentu tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dengan betul.
Pendekatan                             : Inkuiri  penemuan
Kaedah                                    : Eksperimen, perbincangan
Kemahiran Proses Sains         :  Berkomunikasi, memerhati, mentaksirkan data
KBKK                                     : Menjana idea, mengumpul, membuat inferens
Bahan, peralatan dan bahan sumber :            
a)      Gambar
b)      Tumbuhan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen.
c)      Pokok mimosa
d)     Lembaran kerja
e)      Nota (slaid Powerpoint)
f)       Video klip
g)      Peta minda

Langkah berjaga-jaga : Berhati-hati semasa menghampiri  mimosa kerana berduri.
Pengetahuan Sedia Ada          : 
Murid telah mengetahui benda hidup ( tumbuhan ) boleh bergerak dalam Sukatan Sains Tahun Dua. Murid juga telah mempelajari tumbuhan memerlukan keperluan asas seperti air, udara dan cahaya untuk hidup. Selain itu, murid juga pernah melihat tanaman yang disebut mimosa yang daunnya tertutup selepas disentuh. Murid juga tahu bahawa pucuk  tumbuhan seringkali menghala ke atas dan akarnya tumbuh ke bawah.
 
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan / Mencungkil Idea
( 5 minit )
Pokok tumbuh tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari sebagai keperluan asasnya .

Akar pokok tumbuh ke dalam tanah untuk mendapatkan air sebagai keperluan asasnya.
1.   Guru memaparkan 2 keping gambar.
2.   Guru bertanya murid
a)   Mengapakah pokok-pokok tumbuh dengan tinggi di dalam hutan?
b)   Mengapakah akar pokok tumbuh ke dalam tanah?
1. Murid menjawab persoalan guru.

Strategi / Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

BBM :
Gambar 3.1
Gambar 3.2
Penstrukturan semula
( 40 minit )
Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari, air, graviti dan sentuhan.

Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan itu.
1.   Guru mengutarakan persoalan utama.
a)   Tumbuhan memberi respon terhadap rangsangan apa?
b)   Mengapakah tumbuhan respon terhadap rangsangan itu?
c)   Bahagian tumbuhan manakah yang memberi respon terhadap rangsangan itu?
2.   Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan untuk menjalankan aktiviti bagi menjawab persoalan tadi.
3.   Guru menyuruh murid membentangkan hasil pemerhatian mereka.
4.   Guru menyuruh murid membuat kesimpulan.
5.   Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpulkan dan diberi penerangan dengan video klip dalam kumpulan kecil.
1.    Murid menjalankan aktiviti bagi menjawab persoalan.
2.    Murid akan membuat pemerhatian dan mencatakan hasil dapatan mereka melalui aktiviti itu.
3.    Murid membentangkan hasil dapatan yang diperolehi oleh mereka.
4.    Murid membuat kesimpulan.
5.    Aktiviti pemulihan : Murid yang belum menguasai, mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.
Strategi / Teknik : Eksperimen,
Perbincangan

KPS :
Memerhatikan
Berkomunikasi
Mentaksirkan data

KBKK :
Mengumpulkan
Membuat inferens

BBM :
Mimosa ,
Tumbuhan digunakan untuk menjalankan eksperimen  

Nilai murni :
Bekerjasama
Aplikasi Idea
( 10 minit )
Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan
1.   Guru mengedarkan borang pemerhatian kepada murid.
1.    Murid berbincang dalam kumpulan bagi menjawab soalan itu.
2.    Murid membentangkan jawapan mereka.
Strategi :
Perbincangan
KPS :
Berkomunikasi
BBM :
Lembaran kerja
KBKK :
Menjana idea
Refleksi / Penutup
( 5 minit )
Peta minda
1.   Guru meminta murid membuat refleksi tentang pelajaran hari ini dan membuat kesimpulan.
2.   Guru menaksir kefahaman murid dengan melengkapkan peta minda .
1.   Murid membuat refleksi dan kesimpulan .
2.   Murid melengkapkan peta minda.
BBM :
Peta minda
 

Gerakbalas Tumbuhan

Kitar Hidup Rama-rama