Teknik Menjawab


Sebelum murid mula menjawab soalan Bahagian B, murid perlu memahami maksud pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Di dalam sesuatu eksperimen, terdapat beberapa pembolehubah yang sering berkaitan, iaitu
                    a) Pembolehubah dimanipulasi ( what is changed )
                    b) Pembolehubah yang bergerakbalas (what is measured )
                    c) Pembolehubah yang dimalarkan ( what is kept the same )

 Pembolehubah Dimanipulasi
* Perkara yang sengaja diubah oleh pengkaji sebelum penyiasatan atau semasa penyiasatan dijalankan.

Pembolehubah Yang Bergerakbalas
* Hasil eksperimen / penyiasatan yang diperolehi selepas penyiasatan dijalankan.
* Dapatan yang direkodkan.
* Perkara yang diukur / diperhatikan.


Pembolehubah Yang Dimalarkan
* Perkara / faktor yang disamakan / ditetapkan supaya ia tidak akan mempengaruhi keputusan hasil penyiasatan. Perkara yang diukur / diperhatikan tidak boleh dijadikan sebagai pembolehubah yang dimalarkan.



No comments:

Post a Comment

Gerakbalas Tumbuhan

Kitar Hidup Rama-rama