Mikroorganisma
Topik ini menerangkan tentang hidupan seni yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia.
- Mikroorganisma ialah benda hidup yang sangat seni.
- Kebanyakan mikroorganisma tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
- Mikroorganisma hanya dapat dilihat menerusi mikroskop atau kata pembesar.
- Terdapat 4 jenis mikroorganisma, iaitu:-
- a) Bakteria
- b) Kulat
- c) Virus
- d) Protozoa
- Bakteria boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz.
- Virus merupakan mikroorganisma yang paling kecil dan seni.
- Kulat pula boleh didapati pada roti yang berkulat dan buah oren yang mulai membusuk.
- Protozoa boleh ditemui di dalam tasik, kolam, dan sungai.
- Sama seperti benda hidup yang lain, mikroorganisma juga menjalani proses hidup seperti bernafas, membesar dan bergerak.
No comments:
Post a Comment